FAX MECHANICAL @ BLOG

Informative, Flexible & Creative

Ini bukan story tentang Manchester United, tetapi mengenai Mecha United.
Sejajar dengan saranan untuk penyatuan & integriti di kalangan warga RND Mekanikal, satu dinner telah dianjurkan. Dinner ini dikenali sebagai MECHA UNITED DINNER.Wah grand gak nama tue.

IOI Palm villa telah dipilih sebagai lokasi majlis kali ini. Tema majlis ialah sempoi, cool & sporting.. Dinner ini telah disertai 50 orang yang datangnya dari Fax_Mecha team, ITS_Mecha team, Dect_Mecha team, MFP_Mecha team, Carton Box dan OI. Untuk, melancarkan perjalanan majlis barisan AJK telah dipilih dari setiap seksyen.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari MC dan Boss2..En REMZ telah digandingkan bersama2 dengan Ikin sebagai MC..So far, MC pun cakap apa yang terlintas kat fikiran je..Almaklumlah tak ada teks ucapan..hehe..Selepas itu, sesi memperkenalkan new member. Calon2 nya ialah Ms Hajar, Mr Abu, Ms Aidah, Ms Lee, Mr Toh & Mr Chong..Memang happening..Best gak usik2 ahli baru kita nie..Lepas itu, memandangkan semua dah lapar, acara makan2 pun dimulakan..nyum2..ada yang sampai menjilat jari..

Untuk memeriahkan lagi majlis, 2 aktiviti permainan diadakan iaitu "LOCOMOTIVE TRAIN DRIVER" and "POISON BOX"..Memang gamat dewan dengan telatah mereka2 yang menjadi "mangsa". Antara yang x bleh lupe bile YAP minta maap kat boss die Yamamoto san.hehe
Tarikan utama dalam majlis nie ialah "LUCKY DRAW". Hadiah pertama ialah sebuah kamera Lumix yang bernilai RM500..wow...Banyak lagi hadiah2 yang lumayan..Pemenang utama ialah Cik Azura dari MFP_Mecha..Beliau begitu sebak kegembiraan sehingga tangannya terketar2 macam kena PARKINSON..he.TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya.. Yang x berjaya macam En REMZ,cube lagi tahun depan..huhu... :(

Majlis berakhir sekitar jam 9.30 malam. Untuk pengetahuan anda, lepas jer semua balik, MC gi sambung makan..Yer la asyik bercakap jer..Makan pun sket jer..hehe..
See u all again for MECHA UNITED DINNER 2 soon.


Di sini dilampirkan beberapa gambar kenangan.

Layout majlis ..Gambar dari belakang..

MC malam tue..En Remz VS Ikin..Ada style x?

Sesi "mendera" ahli baru.

Antara yang hadir. Meja yang paling cool tapi banyak makan.He

Apa yang mencuit hati boss2 kita nie?

Abg Azly adalah antara "mangsa " malam tue.

Kimah kena dera cipta senaman baru untuk PCM. Last2 die wat Yoga style.he

Cik Azura begitu sebak sehingga mengalami parkinson sebab menang Kamera Lumix

Sesi begambar beramai2 di akhir majlis. Cube cari Abg Azly? he

0 comments:

Post a Comment