FAX MECHANICAL @ BLOG

Informative, Flexible & Creative

Untuk edisi kejohanan tertutup badminton PSNM 2010 kali ini, FAX MECHA telah menghantar 4 wakil iaitu abg Rai, Suhizan, Remz dan Zairul..Tidak dilupakan juga Rafie dan Jai dari Carton Box.
Kejohanan ini telah berlangsung di Bandar Putra Sport Complex pada 16/1/2010..Taknak citer tentang result, faham2 jer la.hehe..Yang penting semangat melawan dan semangat kesukanan mesti ada..hehe.
Berikut adalah gambar2 aksi menarik ketika kejohanan...
Berpeluh2 jugak zairul & Azhar DPE..Terbaik laa....hehe
Mizi & Nazrul tgh beraksi
Rafie & Jai beraksi..
Gaya mesti ada..
Azhar & Zairul tgk mencongak strategi
Abg Rai dan Suhizan...Ait macam letih jer?

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 15/1/2010 yang baru berlalu adalah hari istimewa buat team fax yang terdiri dari FAX MECHA, ELEKTRIKAL & SOFTO.Istimewanya sebab kami dapat makan dinner FREE..he..Alhamdulillah rezeki...TERIMA kasih diucapkan ex boss Elektrikal, Mr Narita kerana menaja dinner kali ini. Semoga beliau sihat selalu..Dinner ini diadakan di restoran MAZ GARDEN, Kulai.. Restoran ini terletak berdekatan dengan PLAZA TOL KULAI..Tema makanan kali ini lebih berkonsep ala2 BBQ..Antara makanan yang disajikan ialah ayam BBQ, satay, air tembikai laici, meehoon, nasi goreng, butter prawn, kuih bakar dan berbagai2 lagi..Majlis yang berkonsep santai ini diserikan lagi dengan persembahan MAGIS dari Mr Mito dan karaoke..Tidak sangka plak Cik Hakimah kita boleh menyanyi dengan Vokal yang baik..Boleh la join PCM idol tahun nie..hehe..Tahniah jgak untuk cik zairul kita yang menyanyi tanpa henti walaupun semua tgh fokus tgk magic..TERBAIK lahh zairul..hehee.
Semoga dengan adanya dinner seperti dapat mengeratkan siratulrahim sesama kita..
Wassalam..
Smile..Smile..Smile..
En Hary kantoi ketika sedang menapau makanan..he
Suhizan, Nazri & Fikri tgh kusyuk makan
Gadis2 FAX MECHA..Yang mana satu pilihan hati?heheBoss: Mr Tanaka, Mr Eguchi, Mr MitoMr Mito the magician
Awe & Abg Azly..Awe control sket makan tue..he
Ayam BBQ dan kentang goreng..Nyum2,,



Tanggal 13.1.2010 yang lalu,merupakan hari terakhir buat insan bernama Norshuhadah Binti Nasiruddin di FAX MECHA RND PSNM.. Beliau telah berkhidmat di PSNM selama kira2-kira 2 tahun +..Beliau yang dikenali sebagai "SHU" dikalangan kawan2 di sini adalah salah satu orang terpenting OPERATION TEAM development FAX MECHA.. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, beliau mendapat pekerjaan baru berdekatan dengan hometown di Negeri Sembilan. Sy mewakili warga FAX MECHA ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat dan keringat yang beliau curahkan selama ini. All da best dalam menempuh hidup yang baru..Nak kawin nanti jangan lupe jemput..he..
Wassalam..
Berikut adalah gambar2 kenangan bersama beliau di hari terakhir di PSNM.
Gambar Shu & Big Boss (Mr Eguchi)
En Remz, Santi & Shu tgh posing dengan cenderahati
Shu menerima cenderahati daripada "CIKGU"
Nazri, Santi, Shu, Kimah















Pada tanggal 30/12/2009, satu Dinner yang menyatukan seluruh warga RND mechanical telah diadakan buat kedua kalinya. Dinner ini kenali sebagai MECHA UNITED DINNER 2. Ia telah dilangsungkan di HOTEL GOODHOPE hotel..Dengan kehadiran seramai 50 orang termasuk2 Mr Eguchi, Mr Yamamoto dan Mr Mito (Magician), ternyata sangat memeriahkan majlis.

Berikut adalah Tentatif majlis pada malam itu:
-> 8pm: Pendaftaran kehadiran
-> 8.15pm: Majlis Bermula dengan kata2 aluan MC dan Mr Afiz Azry.
->8.30pm: Acara yang paling ditunggu-tunggu. Makannnnn..Nyum2.
->8.50pm: Sesi perkenalan ahli baru dan game..
->9.00pm: Lucky draw. Hadiah berupa baucar Jusco. Hadiah utama sebanyak RM150. Pemenang ditentukan melalui cara yang unik iaitu OSOM. Puan Fetty yang menggunakan isyarat "Gunting"telah menang hadiah ini..
-> 9.30pm: Sesi posing bergambar dan majlis bersurai.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar..Makanan pun sedappp..
Semoga majlis ini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan lagi siratulrahim sesama ahli Mechanical..MECHANICAL!!!!!!! UNITED!!!!!!
Wassalam..
Ikhlas dari Cik Remz.










p/s: gambar akan dimasukkan kemudian yer..tungguu!!!