FAX MECHANICAL @ BLOG

Informative, Flexible & Creative

Pengumuman. Pada tanggal 25/10/2009, satu majlis kenduri perkahwinan Hafez & Noridah akan diadakan di Parit Yani Batu Pahat.Untuk memeriahkan suasana majlis perkahwinan ni, kita akan buat konvoi beramai2 ke sana..Siapa yang berminat boleh la inform..Boleh gerak sama2..
Senarai nama yang hampir confirm:
1. Mr Ramzi
2. Mr Khai
3. Lili
4. Ejod.

P/S : Dah lama mengidam nasi minyak...Lepas nie siapa plak eh...hehe..

Mushi2
Perhatian...perhatian..perhatian..

Mr. Eguchi telah bermurah hati sponsor kupon tiket ke Festival Bon Odori. Banyak pameran tentang kebudayaan Jepun dari aspek pakaian, tarian, makanan dan permainan Jepun dipamerkan di festival ini..Memang rugi tak pegi.. Festival diadakan pada hari sabtu 24.10.2009. Jam 5 pm ~ 9pm sahaja..di tapak Giant Southern Johor..Dekat area2 pandaan...Jumlah kupon dah tinggal 9 keping.So, cepat2 dapatkan dari sy sebelum menyesal.He.So, Boleh berhubung dengan sy melalui talian extension 604...
Tima kasih..

Beberapa minggu lepas adalah hari terakhir bagi Mr Narita dari Fax Elektrikal. Beliau telah berkhidmat di PCM selama 5 tahun. Ada yang kata Mr Narita ada iras2 En Remz..X tau la mitos tue betul ke tak..Pelanduk dua serupa jer kot..he..Apepun Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas sumbangan yang besar kepada PCM. ..Arigato arigato..All the best.


Berikut adalah gambar kenangan bersama beliau di hari terakhir tersebut.

Mr Ackmal menyampaikan cenderahati.

En Remz & Narita san: x sama pun.

Mr Narita & Ahli-ahli Fax Mechanical

Mengimbau kisah sadis di awal 2009, Fax Mecha telah kehilangan dua "man power" yang banyak menyumbang keringat & idea. Orang yang dimaksudkan ialah En Khai & Ms Sue..Hari terakhir Khai pada 2/1/2009 dan Sue pula pada 16/1/2009..Doakan mereka sentiasa berjaya di masa hadapan. Mana yang tinggal terus berjuang k....Gambateh Kudasai..

Abg Rai & Khai..Macam abg & Adik

Kenangan Khai & Rakan2 dari Fax Mecha

Satu-satunya amoi kat Fax Mecha

Kenangan Ms Sue & rakan dari FAX MECHA

Pada tanggal 4/9/2009, bersempena dengan raya 2009 ni, ahli2 FAX mecha telah mengadakan XPDC Jelajah raya ke rumah2 rakan taulan. Berikut adalah senarai ahli2 konvoi: En Awe, En MOgan, En Hary & Famili, Lili + Adlina Cute, En Remz, Ejod, Fikri, Santi, Kimah, Shu, Fetty + Eisya Cute dan Abg Hadi & wife...

Berikut adalah route jelajah raya tahun nie:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UMAH KHAI (Sri Pulai) --->UMAH FETTY (Desa Skudai)--->UMAH LILI (Kulai) ---> UMAH ABG HADI (Kulai)--->UMAH FIKRI (Ayer Tawar 2)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Antara hidangan yang tersedia ialah Laksa Kelate, Nasi Lemak, Kuih2 Raye, Ayam goreng berlada & Nasi Ayam versi Ayer Tawar..Nyum2..Memang sodap..Mogan pun terpaksa melupakan seketika kesakitan yang dialami sebab tak tahan tgk makanan yang terhidang.he.
Apepun kepada tuan rumah, terima kasih daun keladi, Tahun depan jemput la lagi..Arigato, arigato...

Berikut adalah gambar aksi2 xtream yang sempat dirakamkan:

Pagi2 lagi dah pekena nasi lemak kat umah Khai

Awe & Fikri..Wajah2 kekenyangan..Tido pun sodap nie.

Tak payah nak pikir2 Mogan, makan jer la..

Eisya, Adlina & Daniel. Pencetus situasi mencemaskan & ceria sepanjang XPDC nie.

Eisya: Kenapa Uncle Remz nampak cute sangat ari nie?

Abg Hadi & En Remz kantoi ketika menapau nasi ayam kat Umah Fikri. Awe, mana mau lari?

Ini bukan story tentang Manchester United, tetapi mengenai Mecha United.
Sejajar dengan saranan untuk penyatuan & integriti di kalangan warga RND Mekanikal, satu dinner telah dianjurkan. Dinner ini dikenali sebagai MECHA UNITED DINNER.Wah grand gak nama tue.

IOI Palm villa telah dipilih sebagai lokasi majlis kali ini. Tema majlis ialah sempoi, cool & sporting.. Dinner ini telah disertai 50 orang yang datangnya dari Fax_Mecha team, ITS_Mecha team, Dect_Mecha team, MFP_Mecha team, Carton Box dan OI. Untuk, melancarkan perjalanan majlis barisan AJK telah dipilih dari setiap seksyen.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari MC dan Boss2..En REMZ telah digandingkan bersama2 dengan Ikin sebagai MC..So far, MC pun cakap apa yang terlintas kat fikiran je..Almaklumlah tak ada teks ucapan..hehe..Selepas itu, sesi memperkenalkan new member. Calon2 nya ialah Ms Hajar, Mr Abu, Ms Aidah, Ms Lee, Mr Toh & Mr Chong..Memang happening..Best gak usik2 ahli baru kita nie..Lepas itu, memandangkan semua dah lapar, acara makan2 pun dimulakan..nyum2..ada yang sampai menjilat jari..

Untuk memeriahkan lagi majlis, 2 aktiviti permainan diadakan iaitu "LOCOMOTIVE TRAIN DRIVER" and "POISON BOX"..Memang gamat dewan dengan telatah mereka2 yang menjadi "mangsa". Antara yang x bleh lupe bile YAP minta maap kat boss die Yamamoto san.hehe
Tarikan utama dalam majlis nie ialah "LUCKY DRAW". Hadiah pertama ialah sebuah kamera Lumix yang bernilai RM500..wow...Banyak lagi hadiah2 yang lumayan..Pemenang utama ialah Cik Azura dari MFP_Mecha..Beliau begitu sebak kegembiraan sehingga tangannya terketar2 macam kena PARKINSON..he.TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya.. Yang x berjaya macam En REMZ,cube lagi tahun depan..huhu... :(

Majlis berakhir sekitar jam 9.30 malam. Untuk pengetahuan anda, lepas jer semua balik, MC gi sambung makan..Yer la asyik bercakap jer..Makan pun sket jer..hehe..
See u all again for MECHA UNITED DINNER 2 soon.


Di sini dilampirkan beberapa gambar kenangan.

Layout majlis ..Gambar dari belakang..

MC malam tue..En Remz VS Ikin..Ada style x?

Sesi "mendera" ahli baru.

Antara yang hadir. Meja yang paling cool tapi banyak makan.He

Apa yang mencuit hati boss2 kita nie?

Abg Azly adalah antara "mangsa " malam tue.

Kimah kena dera cipta senaman baru untuk PCM. Last2 die wat Yoga style.he

Cik Azura begitu sebak sehingga mengalami parkinson sebab menang Kamera Lumix

Sesi begambar beramai2 di akhir majlis. Cube cari Abg Azly? he

Pada tanggal 14/10/2009, satu welcome dinner istimewa telah diadakan bagi meraikan kedatangan ahli baru dalam Fax Mecha iaitu Ms Adila, Mr Amran & Mr.Nazri. Seramai 15 orang telah bersama2 memeriahkan suasana termasuk Boss kita iaitu Mr. Eguchi. Muha Tomyam, Bandar Putra telah dipilih sekali lagi sebagai lokasi majlis.

Majlis bermula sekitar 7.30pm.Dimulakan dengan ucapan pengenalan dari semua ahli2 baru kita.Yang peliknya time adila bagi speech semua focus jer terutamanya "abg" mogan.hehe..guro jer mogan...jangan marah.. :).Menu kali lebih berkonsepkan masakan Thai..Macam2 ada..Tomyam campur, sotong tepung,kailan ikan masin, ayam masak halia, air F.Orange, sate n macam2 lagi..Nyum2..sedap sehingga menjilat jari...he..Di akhir majlis, ada diadakan sesi fotografi..Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir..
Kepada Adila, Amran n Nazri, all the best....


Gambar kenangan bersama Adila, Amran & Nazri

Selamat datang diucapkan kepada ahli baru FAX MECHA, Ms Adila, Mr. Nazri & Mr Amran.
Semoga dapat bekerja bersama2 dalam memajukan fax mecha. Senior2 sekalian bimbinglah mereka ke jalan kebenaran. Share la ilmu yang ada yer..
So, kita akan ada jamuan istimewa bagi meraikan ahli baru kita nie.

Detail as below:
VENUE: MUHA TOMYAM, KULAI
DATE: 14/10/2009
TIME: 7.30PM.

Harap2 sume dapat join.
TQ.

Atas keinginan untuk menakhluki gunung, satu program ke Gunung Ledang telah diatur oleh KELAB CUTI2 MALAYSIA FAX MECHA ke Air Terjun Gunung Ledang pada awal 2009. Pengarah program kali ini ialah En.Mogan.

Program ini disertai oleh jejaka2 yang gagah perkasa iaitu Awe, Ikhwan, Mogan & Ramzi. Tak lupe juga serikandi2 iaitu Santi, Syuhadah & Hakimah (VE).

Seawal 9.00am telah bertolak dari Kulai dan tiba di Kaki Gunung Ledang dalam pukul 11.30am. Tima kasih kepada serikandi2 sekalian kerana menyediakan makanan yang marvellous lagi sedap.

Pendakian dimulakan untuk mencari air terjun yang sesuai untuk mandi. Perjalanan cukup memenatkan dan mencabar. Pada awalnya Mogan begitu ceria & bersemangat. Tetapi di pertengahan perjalanan beliau begitu keletihan. Risau gak kalu mogan pengsan.He.. Apepun , Mogan & kami dapat jugak sampai ke tempat yang dituju..Cayalah....
Setelah puas bermandi manda, dalam kul 3.30pm kami pun bertolak pulang..
Memang best...

Moral of the story: Please strecthing before climb the mount.. :)

So, disini ada beberapa gambar kenangan di Gunung Ledang...

Di awal pendakian, Mogan begitu ceria

Dah nampak tanda2 keletihan

.Yeeah...mogan dah lepak dahh.he

MISSION ACCOMPLISH!

Kenangan dinner yang paling diingati ialah makan2 di atas kapal Danga Cruise kat Danga Bay..Kiranya ala2 filem TITANIC la..he...
Organizer untuk program ini ialah Encik Khai, Encik Remz & Cik Suzie..Jumlah yang join program ini sebanyak 40 org dari Fax Mecha & Fax Electrical.Makan secara buffet ..
So, kapal ni belayar lebih kurang dalam 8.37 malam..Mujurlah semua datang on Time..kalu tidak ada yang kena tinggal la nampaknya..he..Pelayaran nie ada la dalam satu jam setengah menyusuri Pantai Lido..Di samping makan ada jugak games keretapi & kotak beracun..Sume sporting gilers terutamanya Lee Wei Thong..
Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua dan boss yang banyak gak sponsor..

Ada pantun 2 kerat:
Mandi pagi di tepi perigi,
Tahun depan sponsor la lagi... ;)

Bersama2 nie dipaparkan sebahagian gambar kenangan sepanjang majlis tersebut.

The Handsome Bachelors..Cheese!!

Control ayu nampak..

Style, gorgeous & sempoiii


Boss & anak2 buah sekalian..

Gambar kenangan sesudah selesai dinner.Mana cik remz?..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT DATANG KE FAX MECHANICAL @ BLOG...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam dan selamat sejahtera
Impian untuk mencipta satu blog untuk Fax Mechanical Team akhirnya menjadi realiti.
Semoga blog ini akan menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, aktiviti dan info2 yang bermanfaat.
Almaklumlah Fax mechanical Team members kan aktif2 belaka..he..Harap2 sume dapat mengambil manfaat.
P/S: Jgn bukak blog time keje..Gracias...

Info ini ikhlas dari
Wan Mohd Ramzi Bin Wan Puteh (^_^)